ﻪﺗﺎﻛﺮﺒﻭﷲﺍﺔﻣﺣﺮﻮ ﻡﻛﻳﻠﻋﻡﻼﺴﻟﺍ
بسم١للة١لرحمن١لرحيم
Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut
Soalan:
Bangkai semut  yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air  tersebut?
Jawapan:
Semut adalah binatang  yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut  adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk  semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:
1) Semut masuk dalam keadaan sudah  mati
Semut itu sudah menjadi bangkai  tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia,  seperti memasukkan gula yang ada bangkai  semut, maka air itu najis, tidak boleh  diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar  manusia, contoh seperti ditiup angin selagi  tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.
2) Semut masuk dalam keadaan  hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan